• Bahasa Melayu
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • Indonesia
  • Bahasa Melayu
  • Tiếng Việt

Program Ganjaran Z-POINT

一边交易一边赚分,回馈高达8000美元!

Tempoh Promosi

03 Dis 2018 ~ 30 Apr 2019

Cara mendapatkan Z-POINT

Buka Akaun Benar


Buka akaun benar MT4 yang disahkan secara terus di bawah GMO-Z.com Trade Limited.

Deposit


Buat deposit baharu sebanyak US$2,000 atau lebih semasa Tempoh Pengiraan.

Perdagangan


Terima Z-Point bagi semua perdagangan FX, CFD, dan Bulion semasa Tempoh Pengiraan.

Dapatkan Z-Point


Perdagangan
setiap sebelah
Ganjaran Z-Point
1 lot FX 1 Z-Point
1 lot CFD 0.5 Z-Point
1 lot Bulion 0.3 Z-Point

Dapatkan Rebet


Tebus US$100 ke arah akaun benar bagi setiap 800 Z-Point
(maks. US$8,000).

Contoh:

Jack membuka akaun benar MT4 yang disahkan pada 12 Dis 2018. Semasa tempoh 12 Dis 2018 hingga 31 Mac 2019 beliau mendepositkan wang berjumlah US$8,000 dan berdagang sejumlah 1,300 lot EURUSD dan 500 lot USDJPY Setiap Sebelah, untuk perdagangan sebanyak 1,800 lot FX Setiap Sebelah. Oleh sebab Jack telah memenuhi a) keperluan pembukaan akaun, dan b) keperluan deposit minimum, beliau akan menerima 1,800 Z-Point bagi perdagangannya.

Jack boleh menebus US$200 dengan 1600 Z-Point.

200 Z-Point yang selebihnya (1800-1600) akan tamat tempoh selepas Tarikh Tamat Tempoh (30 April 2019).
Andy membuka akaun benar MT4 yang disahkan dan membuat deposit sebanyak US$5,000 pada 03 Jan 2019. Antara 03 Jan 2019 dan 30 April 2019, beliau berdagang sejumlah 1,200 lot USDCHF, 3,500 lot Gold dan 1,500 lot Silver Setiap Sebelah, untuk perdagangan sejumlah 1,200 lot FX dan 5,000 lot Bulion Setiap Sebelah.
Andy akan menerima amaun Z-Point yang berikutnya kerana beliau telah memenuhi semua kriteria:
1,200 lot FX pada 1 Z-Point bagi setiap lot + 5,000 lot Bulion pada 0.3 Z-Point setiap lot
= 1,200 + 1,500
= 2,700 Z-Point

Beliau boleh menebuskan US$300 dengan baki Z-Point beliau pada bila-bila masa sebelum Tarikh Tamat Tempoh pada 31 Mei 2019.

Terma dan Syarat

Kelayakan & Tempoh Promosi
  1. Promosi adalah sah dari 03 Dis 2018 hingga 30 Apr 2019, termasuk kedua-dua tarikh ("Tempoh Promosi"). Tempoh Pengiraan ditakrifkan sebagai bulan pembukaan akaun ditambah dengan 3 bulan kalendar yang berikut. Tarikh Tamat Tempoh Z-Point ialah 1 bulan kalendar selepas berakhirnya Tempoh Pengiraan.
  2. Untuk layak kepada "Kempen Ganjaran Z-Point", pelanggan mesti memenuhi semua keperluan yang berikut:
    1. Pelanggan dikehendaki untuk membuka akaun benar MT4 yang disahkan (Leveraj 1:200 atau Leveraj 1:400) secara terus di bawah GMO-Z.com Trade Limited semasa Tempoh Promosi, di mana akaun benar MT4 yang disahkan ditakrifkan sebagai telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan dan yang telah disahkan oleh Z.com Trade dengan jayanya; dan
    2. Pelanggan dikehendaki membuat deposit baharu sebanyak US$2,000 atau lebih semasa Tempoh Pengiraan; dan
    3. Pelanggan dikehendaki berdagang lot FX, CFD atau Bulion menggunakan akaun benar MT4 yang disahkan semasa Tempoh Pengiraan; dan
    4. Pelanggan tidak layak untuk menerima sebarang ganjaran jika mereka gagal untuk memenuhi mana-mana syarat di atas; dan
    5. Deposit, amaun perdagangan dan baki Z-Point akan dikira secara individu bagi setiap akaun benar MT4 yang disahkan. Pelanggan akaun benar pelbagai mesti memenuhi keperluan penebusan secara berasingan bagi setiap akaun.
Butiran Promosi
  1. Rebet dan Pengiraan
    1. Tebus US$100 bagi setiap 800 Z-Point. Penebusan hendaklah dalam gandaan 800. Jika Z-point tidak ditebus sebelum tarikh tamat tempoh, baki mata akan menjadi sifar.
    2. Setiap pelanggan layak mendapat maksimum rebet sebanyak US$8,000 dalam promosi ini.
    3. Z-Point dikumpulkan dengan menambah semua lot perdagangan yang dibuat bagi setiap akaun dalam Tempoh Pengiraan (akaun berbilang tidak boleh digabungkan).
    4. Untuk takrifan yang komprehensif tentang saiz lot perdagangan dan pengelasan produk, sila rujuk kepada bahagian Pasaran kami.
Lain-lain
  1. Pelanggan mesti memaklumkan Pasukan Khidmat Pelanggan kami di cs.trade@z.com mengenai amaun penebusan sebelum Tarikh Tamat Tempoh. Selepas permintaan pelanggan diterima dan disahkan, amaun tersebut akan dikreditkan ke akaun benar pelanggan dalam masa 1-2 hari perniagaan.
  2. Pelanggan hanya boleh membuat satu penebusan bagi setiap bulan kalendar.
  3. Z.com Trade menjadikan Promosi tersedia kepada mana-mana Pelanggan(-pelanggan) yang Layak dan/atau bidang(-bidang) kuasa yang difikirkan sesuai, dan berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menolak pendaftaran mana-mana pelanggan bagi Promosi tersebut. Selanjutnya, Z.com Trade berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta dalam Promosi yang memanipulasi atau cuba untuk memanipulasi, pengendalian Promosi atau melanggar Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau mana-mana Perjanjian dan Dasar yang ditetapkan pada Laman Web. Z.com Trade tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang akibat daripada pembatalan Promosi ini.
  4. Z.com Trade berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk mengubah Terma dan Syarat ini dan/atau mengubah suai, menghentikan atau menamatkan Promosi ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, keputusan Z.com Trade adalah muktamad dan konklusif.
  5. Promosi ini tidak tersedia kepada pekerja atau ahli keluarga pekerja di Z.com Trade.
  6. Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Cina, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi.

 

Kembali Ke Atas

Amaran Risiko
Berdagang dalam produk berleveraj mempunyai risiko yang tinggi. Kerugian anda mungkin melebihi pelaburan asal yang memerlukan anda membuat bayaran selanjutnya. Produk-produk ini tidak sesuai untuk semua orang dan anda hendaklah mendapatkan nasihat bebas sekiranya anda berasa ragu-ragu. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko tersebut.