• Malay
  • 简体中文
  • Indonesia
  • Malay
  • Tiếng Việt

Z.com & GMO Financial Group

Pengenalan kepada Z.com dan GMO Financial Group.

Z.com

Z.com yang beribu pejabat di Jepun, merupakan jenama global GMO Internet Group yang menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan internet komprehensif yang merangkumi domain dan pengehosan.

Z.com yang merupakan salah satu daripada tiga nama domain aksara tunggal yang terdapat di domain terbaik .com, mewakili rangkaian produk dan perkhidmatan utama kumpulan tersebut dan komited untuk memberi nilai tambah kepada kehidupan pengguna internet di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://z.com/en/

GMO Financial Group

Dalam GMO Internet Group, GMO Financial Group mengkhusus dalam perkhidmatan dagangan dalam talian, yang merangkumi rangkaian hebat pasaran termasuk forex, indeks dan komoditi seperti bulion emas dan perak.

GMO Financial Group terdiri daripada GMO-Z.com Trade UK Limited, GMO CLICK Securities, Inc., GMO-Z.com Forex HK Limited, GMO-Z.com Bullion HK Limited dan FX PRIME oleh GMO Corporation. GMO Financial Holdings, Inc. merupakan syarikat induk GMO Financial Group.

Berlandaskan kejayaan kami di pasaran Jepun, dari Tokyo kami meluaskan kewujudan kami ke peringkat antarabangsa di hab kewangan utama di London dan Hong Kong dan mengembangkan perkhidmatan kami kepada pedagang di seluruh dunia.

Misi kumpulan kami adalah untuk mewujudkan teknologi dagangan dan syarat dagangan yang menggabungkan kos terendah dan pelaksanaan yang termudah mungkin.

Pejabat kami di hab kewangan utama dunia

Nilai Teras kami

Kepemimpinan Kos
Spread yang tersangat ketat secara konsisten adalah segala-galanya. Semakin rendah spread, semakin ramai klien kami dapat menikmati penjimatan kos transaksi. Kami komited untuk mengurangkan kos ini secara konsisten agar anda dapat manfaat maksimum daripada dagangan anda.
Teknologi Canggih
Meminimumkan keperluan untuk perkhidmatan pemyumberan luar kepada penyedia pihak ketiga, teknologi dalaman kami memberi kami kelebihan utama berbanding kebanyakan broker kewangan dalam talian lain. Secara langsung, kami memperoleh keupayaan dan fleksibiliti untuk menawarkan produk, perkhidmatan dan penambahbaikan teknikal dengan pantas dan menyesuaikan alat dagangan kami seiring dengan keperluan pelanggan.

Pakar IT kami yang profesional dan berpengalaman giat berusaha untuk memastikan maklumat kekal selamat dan sistem pengendalian dalam keadaan terbaik, supaya klien dapat berdagang dengan rasa selamat dan tenang.

Gambaran Keseluruhan Syarikat GMO Financial Group

GMO CLICK Securities, Inc., penyedia perkhidmatan kewangan dalam talian terbesar di Negara Jepun, menawarkan rangkaian instrumen kewangan yang komprehensif termasuk, tetapi tidak terhad kepada dagangan tukaran mata wang asing, dagangan saham, dagangan hadapan, opsyen dan CFD kepada pelabur runcit.

Laman web Bahasa Jepun
Aktiviti Perniagaan Instrumen kewangan jenis I dan II dan perniagaan berkaitan sekuriti di bawah Instrumen Kewangan dan Akta Pertukaran.
Tarikh Penubuhan 28 Oktober 2005
Lesen Firma instrumen kewangan, Kanto Financial Bureau (Kin-sho) No.77
Ibu Pejabat Shibuya Infoss Tower, 20-1 Sakuragaoka-chou, Shibuya-ku, Tokyo, Japan 150-0031
Peta
Dikawal selia oleh Financial Services Agency, Japan
Japan Securities Dealers Association
The Financial Futures Association of Japan
The Commodity Futures Association of Japan
Anggota Tokyo Stock Exchange
Osaka Stock Exchange
Tokyo Financial Exchange

Bergabung dengan GMO Financial Group pada tahun 2012, FX PRIME Corporation dikawal selia oleh Financial Services Agency di Negara Jepun dan menyediakan perkhidmatan dagangan produk kewangan dalam talian termasuk, tetapi tidak terhad kepada dagangan pertukaran mata wang asing dan opsyen.

Nama Syarikat FX PRIME oleh GMO Corporation
Laman web Bahasa Jepun
Aktiviti Perniagaan Instrumen kewangan jenis I dan II dan perniagaan berkaitan sekuriti di bawah Instrumen Kewangan dan Akta Pertukaran.
Tarikh Penubuhan 24 September 2003
Ibu Pejabat Shibuya Infoss Tower, 20-1 Sakuragaoka-chou, Shibuya-ku, Tokyo, Japan 150-0031
Peta
Dikawal selia oleh Financial Services Agency, Japan
The Financial Futures Association of Japan

Ditubuhkan dalam hab kewangan global London, Z.com Trade diberi kuasa dan dikawal selia di UK oleh Financial Conduct Authority (FRN 622897). Ia menawarkan klien dari seluruh dunia peluang untuk berdagang forex, indeks dan komoditi daripada himpunan mudah tunai yang besar, dengan sokongan daripada Pasukan Khidmat Pelanggan yang beroperasi 24/5 dan dalam berbilang bahasa.

Nama Syarikat GMO-Z.com Trade UK Limited
Laman web >> Bahasa Inggeris
Aktiviti Perniagaan Perkhidmatan pelaksanaan sahaja, menawarkan Forex, Indeks dan Komoditi
Tarikh Penubuhan 19 Oktober 2012
Alamat Pejabat Becket House, 36 Old Jewry, London, United Kingdom, EC2R 8DD
>> Peta
Dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA)

GMO-Z.com Forex HK Limited

Ditubuhkan pada tahun 2011 untuk memperluaskan perkhidmatan dagangan forex dalam talian kami di luar pasaran Jepun, GMO-Z.com Forex HK Limited merupakan syarikat subsidiari luar negara pertama GMO Financial Group di rantau Asia Pasifik.

Diberi kuasa dan dikawal selia oleh Hong Kong Securities and Futures Commission, Z.com Forex bermodal mantap, mematuhi keperluan pengawalseliaan yang ketat dan menawarkan perkhidmatan dagangan forex dalam talian yang disuaikan untuk melindungi kepentingan seiring dengan hasrat dagangan penduduk Hong Kong.

Nama Syarikat GMO-Z.com Forex HK Limited
Laman web Bahasa Inggeris
Bahasa Cina (Tradisional)
Bahasa Cina (Mudah)
Nombor CE # AZE792
Alamat Pejabat Suite 2501, Sino Plaza, 255-257 Gloucester Road, Causeway Bay, Hong Kong
Peta
Aktiviti Perniagaan Menyediakan perkhidmatan dagangan tukaran mata wang asing yang bersandarkan leveraj (aktiviti yang dikawal oleh Jenis 3)
Tarikh Penubuhan 13 Jun 2011
Dikawal selia oleh Hong Kong Securities and Futures Commission

GMO-Z.com Bullion HK Limited

Ditubuhkan pada tahun 2014, Z.com Bullion menawarkan perkhidmatan dagangan emas dan perak dalam talian dengan leveraj tinggi, memberikan peluang kepada pelabur di Asia untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan sokongan serantau yang mantap daripada pasukan kami yang berpangkalan di Hong Kong.

GMO-Z.com Bullion HK Limited merupakan syarikat pertama dalam GMO CLICK Group untuk menawarkan pakej dagangan MT4.

Nama Syarikat GMO-Z.com Bullion HK Limited
Laman web Bahasa Inggeris
Bahasa Cina (Tradisional)
Bahasa Cina (Mudah)
Aktiviti Perniagaan Menyediakan perkhidmatan dagangan bulion yang bersandarkan leveraj
Alamat Pejabat Suite 2501, Sino Plaza, 255-257 Gloucester Road, Causeway Bay, Hong Kong
Peta
Tarikh Penubuhan 23 Januari 2014

Kembali Ke Atas

Amaran Risiko
Berdagang dalam produk berleveraj mempunyai risiko yang tinggi. Kerugian anda mungkin melebihi pelaburan asal yang memerlukan anda membuat bayaran selanjutnya. Produk-produk ini tidak sesuai untuk semua orang dan anda hendaklah mendapatkan nasihat bebas sekiranya anda berasa ragu-ragu. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko tersebut.